Selepas berkelana semusim dalam saingan Piala FAM, Sime Darby FC kembali ke Liga Perdana musim depan selepas menewaskan Felcra FC 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Petaling Jaya, hari ini.
Buat Felcra, ini kali kedua berturut-turut mereka kempunan ke kancah Liga Perdana selepas dikecewakan PKNP FC tahun lalu.
Terikat tanpa jaringan dalam pertemuan pertama sebelum ini, kedua-dua pasukan turun memburu kemenangan dalam aksi timbal balik bagi meraih tiket ke saingan Liga Perdana musim depan.
Aksi babak pertama, bagaimanapun, berlangsung hambar apabila tiada percubaan berbahaya dihasilkan sehinggalah tuan rumah, Sime Darby, memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-40.
Berpunca daripada satu serangan balas, kelekaan benteng akhir Felcra dihukum Zul Fahmi Awang yang mudah meletakkan bola ke dalam jaring untuk kedudukan 1-0 pada babak pertama.
Selepas rehat, penjaga gol Felcra, Syamim Othman, yang juga bekas penjaga gol Selangor terus dikerah menyelamatkan percubaan Sime Darby menerusi Zul Fahmi pada minit ke-58.
Selepas itu, giliran Felcra melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan, namun jentera serangan yang ditunjangi N. Thanabalan gagal menemui penyudah sehingga wisel penamat, sekali gus memastikan kemaraan Sime Darby ke final dengan agregat 1-0.
"Tahniah kepada pemain kerana melayakkan diri ke pusingan akhir tetapi ia bukan mudah kerana kami mendapat tentangan yang hebat daripada Felcra," kata jurulatih Sime Darby, Ahmad Yusoff.
Sementara itu, jurulatih Felcra, Rosle Mohd Derus, berkata: "Kami tidak gunakan peluang yang ada dan kami melakukan kesilapan-kesilapan yang agak mudah.
"Itulah bola sepak. Pasukan yang tidak melakukan kesilapan dan mengambil peluang, mereka akan menang."
Dalam pada itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut melangkah ke Liga Perdana musim depan selepas mara ke final Piala FAM.
Pasukan itu menundukkan Shahzan Muda 1-0 dalam perlawanan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan di Stadium Mini UKM, hari ini.
Penulis Jemputan
Sun Oct 08 2017
Skuad Projek FAM-MSN mungkin dibubarkan
Skuad Projek FAM-MSN tampak akan dibubarkan selepas tiga tahun mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M).
Bryan See perkuat Perak musim depan
Perak menyambar bekas penjaga gol Melaka United FC, Bryan See, bagi membentuk skuad mantap dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Memori indah Daryl Sham
Dinobat juara Liga Perdana bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) bukan sahaja menjadi satu memori indah kepada penyerang muda, Daryl Sham malah lebih bermakna dia muncul penjaring terbanyak Liga Perdana bagi kategori pemain tempatan.
JDT II muncul juara Liga Perdana
Johor Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi.
Yusri pikul tanggungjawab musim hambar Perak FC
“Saya bertanggungjawab atas keputusan akhir yang kurang membanggakan untuk Perak FC”, itu ucapan terakhir ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Yusri Che Lah, pada aksi penutup Liga Perdana musim 2022.
Sarawak United lunas tunggakan tiga bulan
Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais, memaklumkan bahawa pihaknya sudah melunaskan bayaran tiga bulan tunggakan gaji kepada barisan pemain dan pegawai pasukan.
Perak FC sambar khidmat Teong Kim, Yusri galas tugas skuad B-23
Kelab Liga Perdana, Perak, mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai pengendali baharu The Bos Gaurus bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
Perak tetap ada perancangan buat Yusri Che Lah
Pemilik Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, menjamin kelibat ketua jurulatih, Yusri Che Lah, akan tetap ditagih sekalipun satu pengumuman penting akan dibuat pasukan itu esok.
Kelantan FC, Kelantan United bakal beraksi malam
Perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukan Kelantan United dan Kelantan FC bakal berlangsung pada sebelah malam tidak lama lagi susulan tiang lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV sudah dinaikkan bermula hari ini.
Hatrik Bergson hukum Melaka United
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan kelebihan di puncak selepas mengetepikan Melaka United 4-0 dalam aksi tertunda Liga Super, sebentar tadi.
Stuttgart 3-1 Bayern Munich: Tuchel's side slump to defeat as Real Madrid await
Report: Stuttgart 3-1 Bayern Munich
Pioli focused on Genoa clash as speculation intensifies over Milan exit
Pioli's future questioned at Milan
Arteta lauds Saka hunger after Arsenal put pressure on Man City
Bukayo Saka got Arsenal going on Saturday before the Gunners eased to a comprehensive victory over Bournemouth at Emirates Stadium.
Thomas Cup: Malaysia's campaign ends after 3-1 defeat to China
Malaysia’s Thomas Cup run came to an end at the hands of host China, who won 3-1 in the semi-finals to book a 14th final appearance where they will face Indonesia in the city of Chengdu on Sunday.
Ipswich Town promoted to Premier League after 22-year absence
Premier League football will return to Portman Road in 2024-25 after Ipswich Town pipped Leeds United to second spot in the Championship.
Arsenal 3-0 Bournemouth: Gunners put pressure back on Man City in title race
Mikel Arteta will hope Manchester City slip-up later on Saturday after Arsenal eased past Bournemouth at Emirates Stadium.
Juve boss Allegri thinks Roma will be hungry after Leverkusen loss
Allegri: Roma will be hungry
Slot focused on Feyenoord task as Liverpool speculation swirls
Slot focused on Feyenoord
Kirby hopes 'job done' after leaving Chelsea in 'better place'
Kirby waves goodbye to Chelsea
Klopp has '500 reasons' for Liverpool revenge against Spurs after VAR controversy
Preview: Liverpool v Spurs