JDT 4 Melaka United 0

Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan kelebihan di puncak selepas mengetepikan Melaka United 4-0 dalam aksi tertunda Liga Super, sebentar tadi.

Kemenangan anak buah Hector Bidoglio itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menyaksikan Harimau Selatan memulakan misi melebarkan rekod tanpa kalah apabila lencongan penyerang, Fernando Forestieri, yang menerima hantaran La'Vere Corbin-ong menewaskan Brian See untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-12.

Barisan pelawat kendalian Asri Ninggal itu terus buntu untuk mengekang jaringan apabila Bergson Da Silva yang menyudahkan umpanan Forestieri di dalam kotak penalti dengan rembatan pada minit ke-33.





Walaupun berjaya mengikat JDT 1-1 di Stadium Hang Jebat sebelum ini, kali ini tiada tanda-tanda pelawat berupaya untuk mengurangkan defisit gol apabila dikerah memberi perhatian di kubu sendiri sepanjang separuh masa pertama.

Sebaliknya gawang mereka dirobek buat kali ketiga, tiga minit menuju ruang rehat apabila Corbin sekali lagi menjadi arketik buat gol Bergson.

Brian terus menghadapi asakan bertali-arus daripada JDT tetapi ketangkasannya masih belum cukup untuk menyekat Bergson daripada melengkapkan hatrik ketika aksi berbaki lima minit.