PORTUGAL 0 PERANCIS 0

Juara Piala Dunia 2018, Perancis, merencanakan penguasaan penuh dalam perlawanan suku akhir Euro 2024 menentang Portugal Stadium Volkspark, Hamburg, ketika ini.


Skuad kendalian Didier Deschamps menggunakan kelebihan yang ada pada pemain utama, Kylian Mbappe dan N'Golo Kante yang merekodkan larian terpantas dalam aksi tersebut untuk mengatur serangan balas namun, pertahanan Portugal yang diketuai oleh Pepe enggan goyah akan ancaman tersebut.

Pemain sayap AC Milan, Rafael Leao, menjadi sandaran utama bagi mencipta peluang menggunakan sebelah kiri permainan Portugal untuk menggugat benteng lawan tetapi sering kali menemui jalan buntu.

Aksi separuh masa pertama dilihat sangat seimbang apabila kedua-dua pasukan gagal menemui sentuhan penyudah yang tajam untuk mengubah kedudukan semasa.