Yohandry Orozco meletakkan Selangor di depan dalam separuh masa pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Dynamic Herb Cebu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, ketika ini.

Seawal minit ke-10, skuad tuan rumah sudah memecahkan kebuntuan permainan menerusi Orozco selepas menampan hantaran daripada Ronnie Fernandez untuk kedudukan 1-0.


Perlawanan tersebut bersifat berat sebelah apabila The Red Giants lebih kerap melancarkan serangan berbanding pasukan lawan, namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.