Kelab Liga A1 Semi-Pro, Kuala Lumpur Rovers, menandatangani dua pemain import terbaru bagi menghadapi baki saingan liga amatur tersebut yang kini menghuni tangga ketiga dengan pungutan 29 mata dibelakang PT Athletic.

Menurut pengarahnya, Datuk Mohd Dzulkifli Jaafar, mendedahkan pemilihan dua pemain import dari Korea itu menepati ciri-ciri yang diperlukan lebih-lebih lagi apabila pasukan tersebut sah beraksi pada Piala Malaysia.

"Secara umumnya ada dua pemain Korea dengan berbeza posisi dapat mengisi kekurangan di bahagian tertentu.

"Kemasukan pemain import ini sangat perlu menjelang saingan Piala Malaysia kerana musim lalu kami menentang Terengganu dalam pusingan ke-16 yang menjadi berat sebelah kepada mereka ekoran menurunkan pemain import yang berkualiti.

"Jadi kehadiran dua tonggak ini sekurang-kurangnya dapat memberi keseimbangan pada aksi akan datang," katanya kepada Nadi Arena.

Penyerang terbaru, Moon Si-hyun, menganggap perbezaan umur bukan penghalang meskipun masih muda sebaliknya bersedia membantu skuad kendalian Wan Mustaffa menjaringkan gol demi menewaskan pasukan lawan.



Dalam masa sama, Lee Ju-hang yang akan menggalas tangunggjawab sebagai pemain tengah pula menegaskan perbezaan musim serta penggunaan bahasa inggeris bukanlah alasan untuk mencari keserasian bersama.