Terengganu terpaksa berpuas hati apabila berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 berdepan PDRM dalam aksi minggu ke-12 Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

Pemain import Skuad Penyu berusia 34 tahun, Nelson Bonilla, terdahulu membuka jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-44 selepas rembatannya menewaskan Bryan See Tian Keat.



Walaupun PDRM berjaya merancang beberapa serangan tetapi tidak berjaya menoktahkan melalui jaringan hingga tamat 45 minit pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Chidi Osuchukwu berjaya menyamakan kedudukan buat Skuad Sang Saka Biru pada minit ke-53 untuk mengikat kedudukan 1-1.




Beberapa serangan merbahaya yang dirancang skuad kendalian Badrul Afzan ke benteng pertahanan PDRM tidak berjaya menambah jaringan dalam separuh masa kedua untuk kedudukan terikat 1-1 hingga wisel penamat.

Terengganu kekal di tangga ketiga liga dengan 17 mata manakala PDRM berada di kedudukan kelima dengan 15 mata selepas 11 perlawanan liga.