JERMAN 3 SCOTLAND 0

Pasukan tuan rumah, Jerman, memimpin perlawanan dengan kelebihan tiga gol menjelang separuh masa pertama Euro 2024 menentang Scotland dalam aksi pertama kumpulan A di Stadium Allianz, ketika ini.


Skuad kendalian Julian Nagelsmann tidak menunggu lama untuk menjelmakan gol pembukaan selepas lorongan daripada pemain Bayern Munich, Joshua Kimmich, disempurnakan oleh pemain muda, Florian Wirtz, pada minit ke-12 di hadapan ribuan peminat tempatan.

Setakat 45 minit permainan berlangsung, pasukan pelawat dilihat gagal melakukan sebarang percubaan tepat selain tidak membahayakan benteng pertahanan Jerman.

Pemain yang sedang meningkat naik, Jamal Musiala, menggandakan kelebihan buat pasukannya dengan rembatan deras kearah gawang Scotland yang bermula daripada pemain Arsenal, Kai Havertz, bijak memperdayakan pemain pertahanan Scotland.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Scotland terus menerima tekanan menuju bilik persalinan susulan pemain berjersi 15, Ryan Porteous, dikenakan kad merah terhadap kekasaran yang dilakukannya kepada ketua pasukan Jerman, Ilkay Gundogan.

Hukuman tersebut memberikan kelebihan buat Jerman selepas video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan sepakan penati yang disempurnakan oleh Kai Havertz.