Pertahanan Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar, bukan saja mantap sebagai banteng The Red Giants tetapi unik kerana gaya rambut afro.

Namun, penampilan terbaru dalam Nadi Bola Latihan Pasukan pada Sabtu menyaksikan fesyen berbeza.
Perkara itu disedari netizen: “Afro dah tak afro,” kata Mohd Shuhaidi Anuar.

“Afro dah potong rambut,” kata Aryyan.

Mungkin Nazeem mengikat rambutnya. Cuma apa yang menarik ialah fesyen rambutnya jadi perbualan netizen berbanding aksi Selangor vs Perak, Ahad ini.

Apa pun, selamat Berjaya untuk kedua-dua pasukan.