Perancis mendominasi separuh masa pertama berdepan Belanda yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan Kumpulan D.

Jeremie Frimpong hampir menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama tetapi berjaya ditepis oleh Mike Maignan untuk menafikan jaringan pertama Belanda.

Selang dua minit kemudian, cubaan deras Antoine Griezman menuju tepat ke arah penjaga gawang dan Bart Verbruggen berjaya menepis untuk memberikan sepakan sudut pertama buat Peracis.



Walaupun tanpa kelibat Kylian Mbappe, beberapa percubaan hadir menerusi Griezman tetapi tidak berjaya dinoktahkan dalam bentuk jaringan.

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan sekiranya ingin menempah slot awal ke pusingan kalah mati.