Gol awal daripada Heberty Fernandes meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di depan mengatasi Sri Pahang 1-0 menjelang separuh masa aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.

Heberty hanya memerlukan empat minit untuk meletakkan Harimau Selatan di depan, di mana penyerang kelahiran Brazil itu melakukan larian solo menarik sebelum melepaskan rembatan leret dari luar kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin.

Selepas jaringan itu, Sri Pahang kelihatan bergelut untuk merencanakan serangan, bahkan membenarkan deretan pemain JDT berleluasa di kawasan mereka.