Johor Darul Ta'zim (JDT) merehatkan penyerang utama, Bergson da Silva, bagi memberikan laluan buat Romel Morales untuk mengepalai jentera serangannya menjelang aksi Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sebentar nanti.

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed kekal dipilih sebagai penjaga gol bagi aksi kali ini di belakang tembok ampuh yang dibarisi Matt Davies, Jordi Amat (kapten) dan Feroz Baharudin.

Romel akan dibantu barisan tengah yang terdiri daripada Arif Aiman Hanapi, Nathaniel Shio, Francisco Geraldes, Murilo, Juan Muniz dan Heberty Fernandes.

Sri Pahang, dalam pada itu, membariskan lima pertahanan di depan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin, iaitu Adam Nor Azlin, Aleksandar Cvetkovic, Stefano Brundo, Azwan Aripin dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisyam.

Kuvondyk Ruzyev dan Azam Azih akan bertindak di jentera tengah selaku penghubung kepada gandingan tiga penyerang, Kpah Sherman, Mykola Ahapov dan David Rowley.