Juara Piala Dunia 2018, Perancis, mahu membalas dendam atas kekalahan dalam final Euro edisi 2016 menentang Portugal dengan meletakkan barisan pemain berkualiti untuk menempah slot ke separuh akhir Euro 2024, sebentar nanti.

Pemain Real Madrid, Eduardo Camavinga, akan menggantikan Adrien Rabiot yang digantungkan perlawanan akibat mengutip kad kuning kedua sebelum ini selain dibantu oleh rakan sepasukan, Aurelien Tchouameni dan N'Golo Kante.


Meskipun menganggap pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, sebagai idolanya, Kylian Mbappe bertekad mahu membenam pasukan Portugal bagi membantu Perancis meneruskan misi untuk merangkul kejuaraan berprestij tersebut.

Dalam masa sama, bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Bruno Fernandes dan Bernardo Silva tetap menjadi sandaran terbaik skuad kendalian Roberto Martinez menghasilkan kemenangan buat peminat tempatan yang hadir di Stadium Volkspark, Hamburg.


Selepas membawa Portugal ke suku akhir, Diogo Costa pasti menjadi taruhan tertinggi untuk sekali lagi menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi oleh anak-anak buah Didier Deschamps.