Andy Robertson mencabar Scotland untuk 'melakar sejarah' ketika membuat persiapan menghadapi aksi pembukaan Euro 2024 bertemu tuan rumah, Jerman awal pagi esok.

Scotland layak ke Kejuaraan Eropah buat kali kedua selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kempen kelayakan menyaksikan mereka menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Sepanyol.

Ketika edisi Euro 2020, Scotland disingkirkan di peringkat kumpulan susulan sekadar meraih satu mata daripada tiga perlawanan.

Kini, Robertson menggesa The Tartan Army untuk menjadi pasukan pertama Scotland layak ke peringkat kalah mati, di sebalik ujian sukar menanti mereka.

"Kami tahu apa yang dipertaruhkan," kata Robertson dalam sidang akhbar. "Kami mempunyai banyak insentif, tetapi ii adalah peluang untuk mencipta legasi baru - yang perlu memacu kami ke hadapan.

“Kami perlu berada pada tahap terbaik kami dan jika kami boleh melakukannya, siapa tahu kami akan datang pada 23 Jun ini.


"Kami tidak mahu ada sebarang penyesalan kali ini. Apakah perkara terburuk yang boleh berlaku? Kami meneruskan senarai panjang pasukan yang belum berjaya keluar kumpulan, atau kami meletakkan diri kami dalam kedudukan untuk mencipta sejarah.

"Kami teruja dengan cabaran, kami teruja dengan apa yang akan datang, dan jika kami beraksi seperti yang saya tahu kami boleh beraksi, maka saya yakin kami boleh mencipta sejarah."