PORTUGAL 0 (3) PERANCIS 0 (5)

Pertembungan semula ibarat final Euro 2016 itu menyajikan perlawanan dramatik di antara Portugal dan Perancis dalam pertemuan suku akhir Euro 2024 di Stadium Volkspark, sebentar tadi.


Aksi blokbuster dua pasukan gergasi Eropah itu berlangsung rancak dengan kedua-duanya merancanakan perancangan taktikal tersendiri bagi membuktikan siapakah lebih hebat.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan sepanjang 90 minit permainan meskipun kerap kali melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan masing-masing.

Portugal terlebih dahulu mempunyai peluang untuk menamatkan saingan lebih awal namun, ketumpulan barisan depan memberi ruang buat Perancis untuk kerap mengatur percubaan berbahaya.

Perlawanan tersebut terpaksa ke penentuan sepakan penalti selepas dua pasukan terbaik dunia itu gagal menghasilkan sebarang jaringan.

Pemain pinjaman Barcelona, Joao Felix, gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila terkena tiang gol menyelamatkan Mike Maignan daripada dibolosi sekali gus menghantar Portugal ke penyingkiran.

Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Didier Deschamps akan meneruskan kemaraan berjumpa juara Euro 2012, Sepanyol dalam perebutan separuh akhir, minggu depan.

Jaringan penentuan sepakan penalti Portugal dan Perancis:
1) Ousmane Dembele
2) Youssouf Fofana
3) Jules Kounde
4) Bradley Barcola
5) Theo Hernandez

1) Cristiano Ronaldo
2) Bernardo Silva
3) Nuno Mendes