Didier Deschamps tidak terganggu dengan kritikan terhadap gaya permainan Perancis pada Euro 2024, memberitahu pengkritik pasukan itu supaya tidak bersusah payah menonton Les Bleus jika mereka bosan.

Perancis sedang bersiap sedia untuk aksi separuh akhir dalam enam kejohanan di bawah Deschamps, dengan Sepanyol menjadi halangan terakhir sebelum mereka melangkah ke final. di Berlin.

Bagaimanapun, Les Bleus kini berdepan kritikan hebat selepas gagal mencapai prestasi terbaik dalam bahagian serangan.

Empat gol telah dijaringkan dalam lima perlawanan mereka di kejohanan itu, dengan kesemuanya sama ada gol sendiri (dua) atau penalti (dua).

Perancis adalah satu-satunya pasukan dalam rekod Kejohanan Eropah (sejak 1980) yang mempunyai 50 atau lebih percubaan bukan penalti dan gagal menjaringkan mana-mana daripadanya (86), dengan sepakan penalti Kylian Mbappe menentang Poland dalam peringkat kumpulan sebagai satu-satunya gol dijaringkan oleh pemain Les Bleus setakat ini.

Menjelang pertemuan awal pagi esok dengan Sepanyol yang dianggap paling berdaya usaha pada kejohanan itu, Deschamps ditanya oleh wartawan Sweden apa yang dibuatnya terhadap kritikan yang dihadapi Perancis.

"Jika anda bosan, tonton sesuatu yang lain! Anda tidak perlu menonton kami," balas Deschamps.

"Ia adalah Euro yang istimewa, di mana ia amat sukar untuk semua orang. Jumlah gol adalah jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

“Kami mempunyai keupayaan untuk berkongsi emosi, untuk menggembirakan rakyat Perancis dengan keputusan yang dapat kami capai, dalam tempoh yang rumit di Perancis.

"Jika orang Sweden bosan, ia tidak terlalu penting bagi saya."