Darwin Nunez membuktikan betapa dia menghormati penyerang legenda Liverpool, Luis Suarez, dengan menyerahkan semula nombor baju ikonik yang pernah disarungnya.

Kedua-dua penyerang telah dinamakan dalam skuad Uruguay untuk kempen Copa America di Amerika Syarikat (AS) dengan Marcelo Bielsa menyenaraikan semula Suarez dalam skuad sejak November 2023.

Uruguay mengumumkan nombor skuad dengan Suarez, 37, telah diberikan baju nombor sembilan yang merupakan angka biasa yang dipakainya ketika mewakili negaranya.

Nunez mewarisi nombor itu sepanjang ketiadaan Suarez tetapi mengalah dengan Suarez dan kedua-dua pemain bergambar dalam sesi fotografi pasukan.




Penyerang Inter Miami itu amat mengagumi Nunez dan percaya rakan sepasukan itu mampu memacu Liverpool dan Uruguay.

“Nunez mempunyai kerendahan hati, berkelakuan sangat baik dan dia berkata kepada saya 'tidak, Luis, anda adalah nombor sembilan, saya perlu menghormati anda tapi jika anda tidak tersenarai maka saya pasti akan menyarungnya.

"Perincian seperti itu melambangkan betapa hebatnya seseorang itu yang akan menjadi salah seorang terbaik, sekarang ini pun antara yang terbaik di dunia hari ini."