Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, telah mengetepikan khabar angin yang mendakwa dia hampir bersetuju untuk berpindah ke Arab Saudi.
Masa depan jangka panjang pemain berusia 35 tahun itu di Santiago Bernabeu telah dipersoalkan kerana kontraknya akan tamat pada akhir bulan ini.
Beberapa laporan telah menyatakan bahawa Benzema bersedia untuk menamatkan kariernya yang sarat trofi selama 14 tahun bersama Los Blancos dan menandatangani kontrak lumayan dengan kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.
Pemenang Ballon d'Or 2022 itu dikatakan telah menerima tawaran mengejutkan bernilai EURO400 juta (GBP346 juta) dalam perjanjian dua tahun, dan pemain kebangsaan Perancis itu boleh mengesahkan penghijrahannya pada satu peringkat hujung minggu ini.
Bagaimanapun, Benzema telah menjawab spekulasi mengenai masa depannya, dengan menyatakan bahawa 'internet bukanlah realiti'.
Bercakap pada sidang akhbar semalam, Benzema berkata: "Cakap tentang apa? Kenapa saya perlu bercakap tentang masa depan? Saya di Real Madrid. Apa yang dikatakan datang dari internet, dan internet bukan realiti."
Benzema menambah, "Pada masa ini, saya di sini... kami mempunyai perlawanan pada hari Ahad. Saya tahu betapa peminat Real Madrid menyayangi saya. Saya merasakannya apabila saya berada di atas padang.
"Saya memberikan yang terbaik untuk mereka, sentiasa. Saya selalu mengatakan bahawa kami bermain dengan 11 pemain di atas padang tetapi juga dengan faktor penting, peminat Real Madrid.
"Saya sangat berbangga dengan kerja saya, saya menikmati setiap saat di Madrid. Pergi ke Valdebebas untuk berlatih bukanlah satu kerja. Dalam kepala saya, saya menikmati sepanjang masa di Madrid. Semalam, hari ini dan esok dalam latihan."
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mendedahkan bulan lalu bahawa gergasi La Liga itu tidak mempunyai rancangan segera untuk merekrut penyerang tengah baharu di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai masa depan Benzema, tetapi mengakui bahawa pemain Perancis itu memasuki peringkat akhir kariernya.
Ammar Hakim
Fri Jun 02 2023


Alaba mohon maaf kepada penyokong Real Madrid susulan tewas kepada Atletico
Pertahanan Real Madrid, David Alaba, bertanggungjawab atas kekalahan derby mereka kepada Atletico Madrid, selepas dia menjadi punca untuk ketiga-tiga gol Colchonero.

Vinicius Jr belum tentu gempur Atletico Madrid
Pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior, pulih lebih awal apabila tersenarai untuk menghadapi musuh setempat, Atletico Madrid, dalam pertemuan LaLiga awal pagi esok.

UCL: Jude Bellingham dilahirkan untuk Real Madrid -- Nacho
Nacho percaya rakan sepasukan barunya, Jude Bellingham, umpama dilahirkan untuk Real Madrid selepas menjadi wira dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

UCL: Manchester City calon juara -- Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti melabel Manchester City sebagai pasukan pilihan tetapi pengurus Real Madrid itu tidak menolak sebarang kejutan.

LaLiga: Joselu pastikan Real Madrid kekal rekod kemenangan bersih atasi Real Sociedad
Joselu sekali lagi memberikan sumbangan besar dalam memastikan Real Madrid meneruskan permulaan sempurna dalam saingan LaLiga musim ini dengan mengatasi Real Sociedad 2-1 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.

LaLiga: Jude Bellingham teruskan permulaan cemerlang jaring gol kemenangan dramatik Real Madrid
Jaringan dramatik Jude Bellingham pada lewat permainan memastikan Real Madrid meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Getafe 2-1 di Santiago Bernabeu lewat malam tadi.

LaLiga: Real Madrid bakal tanpa khidmat Vinicius Jr ekoran alami kecederaan hamstring
Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr, berdepan tempoh rehat yang panjang selepas mengalami kecederaan hamstring.

Ancelotti tegur Real Madrid langgar arahan
Rodrygo nyaris dijadikan kambing hitam jika bukan Jude Bellingham memastikan kemenangan tipis 1-0 Real Madrid ke atas Celta Vigo, awal pagi tadi.

Jude Bellingham ulangi pencapaian Cristiano Ronaldo di Real Madrid
Jude Bellingham menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo ketika menghasilkan dua gol buat Real Madrid di Almeria, awal pagi tadi.

Sheffield United postpone Women’s Championship game after death of Maddy Cusack
United were due to face Crystal Palace on Saturday.

Leicester still have Premier League quality – Liverpool assistant Pep Lijnders
The Championship leaders, relegated last season, visit Anfield for a Carabao Cup third-round tie.

Bukayo Saka an injury concern for Arsenal’s trip to Bournemouth
The England winger limped off late in the north London derby to be replaced by Emile Smith Rowe.

Mauricio Pochettino fine with Blues owners visiting dressing room ‘in good way’
The Argentinian has repeatedly insisted his relationship with the Chelsea ownership remains strong despite a rocky start to his reign.

Under-pressure Napoli boss Rudi Garcia misses pre-match duties against Udinese
The Partenopei welcome Udinese to the Stadio Diego Armando Maradona with criticism mounting.

Claudio Ranieri wants Cagliari to play without fear against AC Milan
Defeat at Atalanta on Sunday was a third in five league games for Ranieri’s side, who sit second bottom of the table.

England win ODI series against Ireland after play is abandoned at Bristol
Ben Duckett had scored a century and Phil Salt 61 off just 28 balls before rain stopped play.

From Elie to Nice – Johnny Matthews buzzing after joining Scotland squad
The 30-year-old was enjoying a day out in the Fife coastal town of Elie when assistant coach John Dalziel phoned to tell him his services were needed.

Duncan Ferguson relishing return to Scottish football after almost three decades
Stirling-born Ferguson has signed a three-year contract with Caley Thistle, returning to his homeland 29 years after leaving Ibrox for Everton,

‘Upset and angry’ Real Madrid look to get back on track after derby defeat
Real host Las Palmas on Wednesday.