Kylian Mbappe dijangkakan akan kembali memperkuatkan Real Madrid menentang Pachuca dalam perlawanan akhir Piala Antara Benua 2024 di Stadium Lusail, awal pagi ini.

Pengurus pasukan, Carlo Ancelotti, menegaskan bahawa penyerang itu akan dapat beraksi tanpa masalah kecergasan seperti yang dikhabarkan dalam perlawanan sebelum ini.

Mbappe terlepas kemenangan (3-2) di Liga Juara-Juara minggu lalu menentang Atalanta, dan juga tidak beraksi dalam perlawanan Liga pada Sabtu lalu yang berakhir dengan seri (3-3) menentang Rayo Vallecano.





Penyerang dari Perancis itu memulakan musim dengan baik di Santiago Bernabeu, dengan menjaringkan 12 gol dalam 22 perlawanan di semua pertandingan, walaupun ada pihak yang mengkritik aksinya di Santiago Bernabeu.

Selain itu, Vinicius Junior turut akan memainkan peranan di sayap kiri, yang menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada kehadiran Mbappe akan menjejaskan barisan serangan Madrid.

Namun, Ancelotti berharapp Mbappe dapat beraksi dalam perlawanan hari ini di Qatar untuk mengelakkan sebarang masalah di saat akhir.