Pemain kebangsaan Brazil itu mendapat pujian tinggi berikutan musim yang menakjubkan tatkala menjaringkan sebanyak 24 gol termasuk membuat sembilan bantuan jaringan dalam semua kejohanan pada musim lalu.
Sebelum ini, Vini Jr terlepas gelaran anugerah Ballon d'Or yang menyaksikan pemain tengah Manchester City, Rodri, menjadi pemenang kepada trofi tersebut.
Sejak dua musim lalu, Vini Jr kerap menerima kritikan berbaur perkauman di Laliga, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus mempamerkan persembahan memukau setiap perlawanan.
“Saya datang, saya nampak, saya menang,” tulisnya di Instagram.
"Hari ini, saya menulis untuk menceritakan seorang budak lelaki yang melihat begitu ramai legenda mengangkat trofi tetapi masanya juga sudah tiba untuk menikmati waktu itu.
"Ya, masa saya telah tiba. Masa untuk menyatakan bahawa saya adalah pemain terbaik di dunia dan saya banyak berjuang untuk sampai di sini."
"Mereka cuba dan ingin membatalkan saya. Tetapi mereka tidak mampu," tambahnya.
"Saya menang untuk saya dan keluarga saya. Dengan banyak sokongan sepanjang perjalanan: Flamengo, Real Madrid, pasukan kebangsaan Brazil dan rakan-rakan pemain.