Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, melakar rekod terbaru bersama pasukan itu selepas kejayaan merangkul menewaskan Pachuca dalam perlawanan akhir Piala Antara Benua 2024 di Stadium Lusail, awal pagi tadi.

Kemenangan bersih 3-0 itu menyaksikan Los Blancos menepati ramalan bergelar juara hasil daripada jaringan Kylian Mbappe, Rodrygo dan Vinicius Junior.

Secara rasminya, pengendali kelahiran Itali itu menjadi jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab tersebut susulan menggondol 15 gelaran mengatasi pencapaian Miguel Munoz (14 trofi).

"Kami bermula sedikit perlahan dan kemudian kami mengawal permainan dengan baik," kata Ancelotti.



"Kami berakhir dengan sempurna. Saya sangat gembira. Ia satu kejayaan."

Rodrygo menggandakan kelebihan di separuh masa kedua yang menjaringkan gol keempatnya dalam lima perlawanan terakhir untuk Madrid.

“Saya sangat gembira memenangi satu lagi kejuaraan dan menjaringkan satu lagi gol dalam perlawanan akhir dengan jersi ini,” kata penyerang Brazil itu.

"Agak sukar bagi saya kerana kecederaan. Saya perlu bekerja lebih keras dan lebih banyak berehat.

"Saya mahu membantu pasukan. Semua orang membantu saya dalam proses itu. Saya berharap untuk menjadi lebih baik setiap hari."

Sementara itu, Federico Valverde memberi penghormatan kepada Ancelotti berikutan kejayaannya yang bersejarah.

“Dia juga layak menerimanya,” tambah pemain tengah itu.

“Dia telah memenangi segala-galanya. Dia sentiasa membantu kami.