Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos selepas melalui tempoh masa yang mencabar di Kota Sepanyol itu.

Pemain berusia 26 tahun itu membantu pasukannya melakar kemenangan selesa 4-2 menewaskan Sevilla untuk berada di kedudukan kedua saingan LaLiga dengan 40 mata.

Pemain kebangsaan Perancis itu kini telah terlibat dalam 49 gol sepanjang 2024 sebagai pemain Paris Saint-Germain (23 gol, lapan bantuan jaringan) dan bersama Madrid (14 gol, empat bantuan jaringan) dalam semua pertandingan.




Kemajuan prestasi Mbappe itu bertepatan dengan peningkatan Madrid dalam saingan liga, dengan kemenangan itu meletakkan mereka satu mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid.

"Selepas tewas berdepan AC Milan, kami menyelesaikan masalah ini dalam bilik persalinan dengan bercakap dengan sangat jelas.

"Kritikan terhadap diri telah menjelaskan apa yang kami kurang, iaitu sedikit kekurangan sikap, komitmen. Kini, kami telah kembali melakukan perkara yang sepatutnya kami lakukan.





"Mbappe telah mengkritik dirinya sendiri dan itulah sebab dia keluar dari situasi yang mungkin rumit." katanya.