Skuad taekwondo negara meraikan pingat emas pada hari pertama Kejohanan Terbuka Kanada G2 di Vancouver, Kanada, menerusi trio poomsae lelaki negara dalam acara berpasukan B-30.

Pencapaian itu merawat duka kegagalan membutirkan emas dalam Sukan SEA Kemboja Mei lalu.

Pasukan lelaki negara -- yang dikecewakan apabila sekadar meraih gangsa dalam temasya dwi-tahunan itu atas kesilapan sendiri -- bertekad dengan misi kebangkitan pada tahun ini dan mereka membuktikan ia bukanlah omong kosong.

Bagaimanapun, trio lelaki yang dibarisi Jason Loo, Chin Ken Haw dan Randy Owen Augustine Linggi itu berkongsi akan terus mengisi ruang penambahbaikan yang didapati menjelang kejohanan akan datang.

"Masih ada ruang untuk meningkatkan persembahan kami.

"Kami mengintai gelaran Kejohanan Asi, lantas kami perlukan persiapan rapi dan berikan aksi yang lebih baik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.