Atlet taekwondo Sarawak, Randy Owen, berpeluang dicalonkan sebagai olahragawan Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 selepas sensasi menggondol empat kilauan pingat temasya dwitahunan itu.

Aksi yang berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya itu menyaksikan Randy Owen berjaya membolot tiga pingat emas dan satu pingat perak buat pasukan tuan rumah susulan mendominasi acara taekwondo.


Gandingan Randy Owen, Fedealis Kom Twin dan Mohd Isshahril Mazlan melengkapkan hari gemilang skuad Agi Idup Agi Ngelaban untuk mengutip emas terbaru acara tersebut tatkala berpasukan poomsae lelaki, berpasukan poomsae bebas dan individu turut diraih oleh Randy sekali gus disenaraikan sebagai calon olahragawan kali ini.