Satu-satunya harapan buat skuad taekwondo untuk membutirkan pingat dalam Sukan Universiti Dunia Chengdu 2023 musnah apabila pasukan kyorugi tewas awal dalam pusingan pertama kepada Taiwan, hari ini.

Ini merupakan acara terakhir buat kem taekwondo dalam kempen di China tahun ini yang menyaksikan pingat gangsa dalam edisi lalu di Napoli gagal dipertahankan untuk pulang dengan tangan kosong.

"Taiwan lebih berpengalaman berdasarkan pemain bertaraf Sukan Olimpik dalam skuad mereka.

"Kami sudah cuba yang terbaik untuk berikan saingan.

"Kecederaan taruhan utama juga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan.

""Kami tidak boleh terbawa-bawa dengan kekecewaan dan perlu bangkit dalam edisi selepas ini," jurulatih negara, Syed Taufiq Syed Abdul Hamid




Mohd Syafiq Zuber dan Iman Hakim Rakib yang merupakan dua tonggak yang dikekalkan kecewa dengan prestasi pasukan kali ini, tetapi akur masih banyak yang perlu diperbaiki.

"Saya dan rakan-rakan sepasukan sudah buat yang terbaik tapi hari ini ternyata pihak lawan nyata lebih baik daripada kami," kata Syafiq.

Dan aspek kecederaan Iman Hakim ketika beraksi dalam acara individu sebelum ini merencatkan prestasi pasukan.

"Kecederaan ini menjejaskan sedikit persembahan dan saya hingga kini saya masih menanggung kesakitan di bahagian hidung ini.

"Pasukan perlu empat orang jadi macam mana sekalipun, saya perlu beraksi," katanya pula.