Pemegang pingat emas B-80kg kyorugi lelaki, Muhamad Syafiq Zuber, menganggap berguru di Korea Selatan sebagai pilihan terbaik yang membawa kepada kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam dua edisi berturut-turut.

Dua tahun berpangkalan di Korea Selatan dan selepas mempertahankan gelarannya dalam temasya dwitahunan itu di Kemboja, Syafiq mengintai sasaran lebih besar dalam teakwondo.

Syafiq bakal melebarkan cabarannya menerusi Kejohanan Dunia di Azerbaijan bermula 27 Mei hingga 4 Jun ini.

"Atlet di Majlis Sukan Negara tidak ramai sebab anjuran kejohanan pun terhad.

"Jadi adalah sesuatu yang bagus untuk saya berlatih di luar negara.

"Saya macam bermimpilah, tidak sangka.

"Saya (hanya) fikir apa yang boleh di buat, Alhamdullah rezeki," katanya.