Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber, tampil mengakhiri penantian 16 tahun kilauan pingat emas kategori kyorugi lelaki Bawah 87 kilogram (kg) dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini.

Dalam perlawanan akhir edisi ke-21 Surabaya-Malang yang berlangsung di Gedung Samantha Krida Universitas Brawijaya (UB) itu, Muhammad Syafiq menghadiahkan pingat emas selepas menewaskan atlet Indonesia, Tubagus Maulana, 2-0.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah rezeki hari ini dapat pingat untuk pasukan negara.

"Ya, sememangnya ada tekanan, namun alhamdulillah dengan pengalaman serta tunjuk ajar jurulatih saya buat yang terbaik.

"Saya gembira apabila dapat menamatkan penantian pingat emas acara kyorugi. Biarpun apa yang penting kita dapat merealisasikan sasaran ditetapkan sebelum ini," katanya.

--Sinar Harian