Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, dilaporkan sudah berjaya mengatasi masalah tiupan angin mengelirukan di Lapangan Memanah Yumenoshima Park menjelang peringkat kelayakan acara recurve Sukan Olimpik Tokyo esok.
Khairul Anuar dan pemanah wanita, Syaqiera Mashayikh, akan membuka tirai perjuangan Malaysia memburu pingat emas sulung dalam temasya edisi ke-32 itu.
Pengalaman akan menjadi kelebihan Khairul Anuar untuk mengatasi tiupan angin mengelirukan di venue terbuka berkenaan.
Naib juara dunia 2019 itu melakukan bidikan tepat dalam sesi latihan terakhir yang berlangsung dalam keadaan suhu 33 darjah Celsius hari ini.
Ia satu perkembangan yang cukup positif dalam usahanya memperbaharui rekod kebangsaan acara recurve individu lelaki atau melepasi peringkat kelayakan berpasukan campuran.
"Angin di sini memang adakalanya mengelirukan kerana ia tidak menentu," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.
"Majoritinya angin akan ke kanan atau ke arah jam 3 tetapi adakalanya ia secara tiba-tiba akan beralih ke arah jam 9, 11 atau 12.
"Apapun, kami sudah dua hari di sini, jadi sudah dapat membaca keadaan angin.
"Tetapi apabila dalam pusingan kalah mati nanti, keadaan di dalam gelanggang pasti berbeza dengan tiupan angin yang berlainan.
"Semalam kami mendapat peluang berlatih di dalam gelanggang sebanyak empat kali dan sedikit sebanyak dapat mengetahui keadaan angin di sana," katanya.
Sebanyak 29 negara akan beraksi dalam acara berpasukan campuran dengan hanya 16 yang terbaik akan layak ke pusingan pertama.
Bagi acara recurve individu lelaki, Khairul Anuar merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan 690 mata yang dilakukannya tahun lalu.
Muzaffar Musa
Thu Jul 22 2021
Paralimpik 2024: Daneshen muncul pemanah ketiga negara layak ke Paris
Atlet memanah para negara, G Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024, selepas meraih perak acara compound lelaki pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Sukan Olimpik Paris: Ariana Nur Dania beri tumpuan tinggi dalam latihan
Bekas jurulatih memanah pelapis negara, Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz, melahirkan keyakinannya terhadap potensi pemanah recurve muda negara, Ariana Nur Dania Zairi.
Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Pernah terfikir untuk berhenti dalam karier memanahnya, namun ibu menjadi pemangkin kepada Ariana Nur Dania Mohamad Zairi untuk meneruskan karier dalam sehingga kini.
Sukan Olimpik Paris 2024: Pemanah negara, Ariana Nur Dania tempah kelayakan secara merit
Pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi, layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara ke final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Sukan Asia Hangzhou: Skuad memanah sudah pamer pencapaian memberangsangkan -- pengurus
Pengurus skuad memanah negara, Datuk Johari Salleh, mempertahankan prestasi skuad memanah recurve walaupun tiada seorang pun wakilnya mara ke peringkat suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan Asia Hangzhou: Memanah compound berpasukan lelaki tebus gangsa
Skuad compound berpasukan lelaki menyelamatkan maruah kempen memanah negara dalam Sukan Asia Hangzhou dengan menyumbangkan pingat gangsa, sebentar tadi.
Memanah Sukan Asia Hangzhou: Masalah peralatan sekat kemaraan Juwaidi Mazuki ke separuh akhir
Pemanah negara, Juwaidi Mazuki, kandas dalam suku akhir acara memanah compund Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila tewas kepada jaguh Korea Selatan, Joo Jaehoon, di Pusat Sukan Fuyang Yinhu hari ini.
Sukan Asia Hangzhou: Cabaran recurve berakhir seawal pusingan 32
Atlet memanah recurve kebangsaan, Khairul Anuar Mohamad, enggan meratapi kegagalan mara ke suku akhir dalam semua acara Sukan Asia Hangzhou yang disertainya biarpun hadir dengan reputasi selaku pemenang pingat perak Sukan Asia Incheon 2014.
Kejohanan Memanah Piala Asia: Juwaidi terlepas pingat emas
Pemanah compound negara, Juwaidi Mazuki, terlepas pingat emas selepas dinafikan pemanah Iran, Mohammadsaleh Palizban 148-147 di final Piala Asia Siri ketiga di Singapura.
Memanah Piala Dunia: Pemanah negara sudah sedia hadapi saingan di Kemboja, kata jurulatih
Pencapaian luar jangkaan skuad memanah negara di Kejohanan Bersiri Piala Dunia sedikit sebanyak meyakinkan ketua jurulatih, Zulfadli Ruslan, mengenai tahap kebersediaan anak buahnya menjelang temasya Sukan Asia di Hangzhou.
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre
Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr: Ronaldo misfires on return as Laporte nets winner
Report: Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr
IPL: Royals extend lead at the top after Samson and Jurel see off LSG
Samson and Jurel secure win
Chelsea Women 0-2 Barcelona Femeni (1-2 agg): Holders reach Champions League final again
UWCL Report: Chelsea 0-2 Barcelona
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart: Last-gasp equaliser preserves champions' unbeaten run
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart
Madrid Open: Nadal roars to victory against De Minaur
Nadal roars to victory
Everton 1-0 Brentford: Toffees join Bees in ensuring Premier League status
Report: Everton 1-0 Brentford