Pemanah compound negara, Juwaidi Mazuki, terlepas pingat emas selepas dinafikan pemanah Iran, Mohammadsaleh Palizban 148-147 di final Piala Asia Siri ketiga di Singapura.

Aksi yang berlangsung di Stadium Bukit Gombak ternyata kelihatan bukan rezeki buat pemenang pingat emas Sukan SEA 2021 itu selepas hanya dibezakan dengan satu mata di final.

Juwaidi dalam edisi kali ini membawa pulang dua pingat perak dan satu pingat gangsa secara keseluruhan.

Skuad negara juga meraih pingat perak dalam acara berpasukan campuran dan pingat gangsa dalam berpasukan lelaki.