Pencapaian luar jangkaan skuad memanah negara di Kejohanan Bersiri Piala Dunia sedikit sebanyak meyakinkan ketua jurulatih, Zulfadli Ruslan, mengenai tahap kebersediaan anak buahnya menjelang temasya Sukan Asia di Hangzhou.

Zulfadli juga tidak mahu cepat berpuas hati kerana bakal menentang pasukan Korea Selatan yang juga pencabar terbesar dalam sukan memanah acara compound di peringkat kedua nanti.

"Kami tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, kami menghadapi kejohanan bagi melakukan catatan peribadi yang terbaik supaya pemanah negara dapat melakukan panahan yang terbaik," Zulfadli.

Walaupun mengalami sedikit kesukaran pada awal kejohanan, namun pemanah negara, Juwaidi Marzuki, berjaya mengatasinya sekaligus mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

"Ia merupakan pentas yang terbaik dalam saingan utama di peringkat antarabangsa. Berdepan lawan dari Belanda, mereka adalah pasangan di ranking nombor satu dunia, ia memberikan pengalaman yang cukup baik untuk kami," Juwaidi.

Pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah juga tidak mahu meletakkan fokus sepenuhnya kepada acara berpasukan campuran setelah kecundang hanya pada pusingan kedua bagi acara individu compound.