Cadangan mengenai latihan penuh secara sentuhan untuk sukan berpasukan seperti bola sepak dan sukan tempur akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 9 Julai ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata dalam mensyuarat itu juga beliau akan mengusulkan supaya penganjuran kejohanan sukan dan rekreasi melibatkan aktiviti yang tidak ada sentuhan badan seperti sukan individu, sukan permotoran, sukan riadah, sukan air dan sukan ekstrem dilaksanakan secara berperingkat.
Bagaimanapun,kedua-dua cadangan itu masih tertakluk kepada persetujuan ahli-ahli mesyuarat berkenaan selain pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Cadangan kebenaran untuk latihan secara kontak penuh (full contact training) ini akan memperlihatkan juga harapan dan kemungkinan untuk Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan kejohanan-kejohanan sukan yang lain dapat dimulakan dalam masa yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga memaklumkan pihak kementerian akan mengadakan satu sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha padang dan gelanggang komersil serta akademi untuk sukan bola sepak dan futsal dalam masa yang terdekat.
Ia bertujuan untuk berkongsi pandangan demi pembangunan sukan dalam negara selain memberi cadangan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian.
Kerajaan sebelum ini memberi lampu hijau pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa kedua bermula 15 Jun lalu dengan kebenaran kepada orang awam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak ada sentuhan badan di fasiliti tertutup dan terbuka.
Beberapa fasiliti sukan seperti gimnasium, dewan tertutup seperti dewan badminton, kompleks sukan pelbagai dan pusat snuker turut dibenarkan beroperasi semula tanpa melibatkan sentuhan.
Kerajaan turut memberi kebenaran kepada sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki selain sukan tempur seperti silat dan taekwondo untuk memulakan program latihan tanpa sentuhan badan (non-contact training) dengan jarakan sosial tiga hingga lima meter.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Pengusaha gimnasium terima bantuan kerajaan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan peruntukan khas menteri sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Pengusaha Gimnasium di Malaysia bagi membantu kelangsungan industri berkenaan terutama pasca COVID-19.
Bruno Fernandes berlumba dengan masa
Bruno Fernandes dijangkiti COVID-19 dan mungkin terlepas perlawanan getir di tempat sendiri ketika menentang Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL), Rabu ini.
Indian Wells: Djokovic tersenarai tapi belum tentu dapat lampu hijau
Nama Novak Djokovic turut tersenarai untuk Terbuka Indian Wells bulan depan walaupun kejohanan itu memerlukan semua pemain mendapatkan COVID-19.
Messi perlu lebih masa pulih COVID-19
Lionel Messi mendedahkan bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan untuk pulih daripada COVID-19, baru-baru ini.
COVID-19: Ronaldo tangguh penampilan di Cruzeiro
Ronaldo telah diuji positif COVID-19 sekali gus terlepas sambutan ulang tahun kelab Brazil yang dibelinya baru-baru ini, Cruzeiro.
COVID-19: Tuchel mahu elak penangguhan kempen EPL
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, menolak agar perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dihentikan sementara sempena Krismas berikutan peningkatan kes COVID-19 kerana dia berasakan ia hanya akan menambahkan lagi masalah.
COVID-19: Kimmich sedia divaksin selepas alami simptom
Joshua Kimmich melahirkan rasa kesal kerana tidak mengambil peluang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, tetapi menempelak mereka yang mengkritik keraguannya.
Kem Man Utd dilanda COVID-19 untuk kunjungan ke Brentford
Persiapan Manchester United untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Brentford terganggu kerana penularan COVID-19.
COVID-19: Bayern Munich tutup pintu stadium kepada penyokong
Bayern Munich bakal mengharungi baki perlawanan di tempat sendiri tahun ini secara tertutup berikutan peningkatan kes COVID-19 di Bavaria.
COVID-19: Bundesliga perketat SOP stadium kawal gelombang keempat
Stadium yang membabitkan perlawanan Bundesliga dihadkan kepada 15,000 penonton mulai hujung minggu ini dalam usaha Kerajaan Jerman menangani peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini.
Charlotte FC v Portland Timbers: Hosts target 90-minute display, Neville rues slow starts
Two out-of-form teams meet at Bank of America Stadium in MLS this weekend, with Charlotte FC hosting the Portland Timbers.
Sabalenka sets up Swiatek rematch at Madrid Open
Sabalenka edges out Rybakina
Saudi Pro League: Mahrez and Firmino on target as Al-Ahli tighten grip on third place
Firmino and Mahrez net for Al-Ahli
Europa Conference League: Aston Villa stunned by Olympiacos
Villa stunned in Conference League
Europa League: Wirtz and Andrich goals put Leverkusen on the brink, Marseille hold Atalanta
Leverkusen put one foot in final
'Just work hard mate' – Postecoglou's simple answer to Tottenham's tricky question
Hardy work the key for Spurs
Chelsea 2-0 Tottenham: Chalobah and Jackson goals dent Spurs' top-four hopes
Report: Chelsea 2-0 Tottenham
Campana not concerned by competing with Messi for Inter Miami records
Preview: Inter Miami v NYRB
Lehecka into maiden Masters semi-final after Medvedev retires hurt
Medvedev retires from Madrid QF
Lucas Hernandez to miss Euro 2024 after PSG defender sustains knee injury
Hernandez out of Euro 2024