Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan peruntukan khas menteri sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Pengusaha Gimnasium di Malaysia bagi membantu kelangsungan industri berkenaan terutama pasca COVID-19.

Jelas Hannah, sektor gimnasium antara industri yang terkesan berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pandemik itu.

"Mereka sudah mengadakan beberapa mesyuarat kerana banyak masalah berbangkit selepas COVID-19 seperti kelangsungan perniagaan dan yusan lesen gimnasium.

"Mereka telah suarakan masalah mereka dalam perjumpaan Januari lalu.

"Kalau yuran yang dikenakan kepada pelanggan mereka adalah RM75 sebulan tapi lesen perniagaan mereka adalah RM15,000, memang tutup kedailah," katanya.

Beliau ditemui ketika merasmikan Majlis Menandatangani Sokongan Kod Sukan Selamat bersama Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia hari ini.