'Jadi seperti Datuk Lee Chong Wei', itu antara kata-kata, Steven Ng kepada anaknya pemain golf negara, Ng Jing Xuen, yang melakar kejutan apabila meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja dalam kategori individu saingan hari ini.

Sebelum ini, Jing Xuen berjaya mecatat 203 pukulan 13 di bawah par secara keseluruhan iaitu catatan yang sama seperti wakil Thailand, Eila Galitsky.

Aksi tersebut diheret ke penentuan yang menyaksikan Jing Xuen menamatkan saingan dengan keputusan par manakala Eila hanya mampu menamat dengan keputusan bogey.

Jing Xuen mengakui teruja apabila perancangan yang telah diusahakan serta pengorbanannya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

"Perancangan yang saya usahakan berjaya, saya sentiasa kekal positif dalam setiap pukulan dan ia berhasil sekaligus memastikan kemenangan pingat emas buat negara," kata Jing Xuen.

"Sukar untuk dipercayai dan di luar jangkaan. Saya mahu berterima kasih kepada MGA kerana memberikan peluang kepada saya beraksi di Sukan SEA dan cuba yang terbaik dalam acara berpasukan esok."