Jelajah Golf Toyota Piala Hilux pusingan kelima menyaksikan Nasrullah Zulkifli muncul pendahulu di hari kedua berkongsi kedudukan bersama Amir Nazrin selepas mencatat 4 di bawah par.

Nasrullah Zulkifli menyempurnakan eagle pada lubang ke-18 dan mendahului satu pukulan menjelang pusingan akhir Piala Hilux esok.

Tempat kedua ialah Daeng Rahman yang merekodkan 67 pukulan empat di bawah par manakala, Fakhrul Akmal sekali lagi memperagakan aksi terpuji dengan mencatatkan 140 pukulan secara agregat sepanjang dua hari sejak semalam.

Ketiga-tiga mereka akan membuat perebutan kejuaraan pada esok, pukul 9.00 pagi.