Gimrama negara, Ng Joe Ee, menebus kekecewaan acara keseluruhan dengan memperoleh pingat emas bagi acara bola saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Selepas menamatkan saingan di tempat kelima di belakang rakan senegaranya, Izzah Amzan, dalam acara keseluruhan semalam, Joe Ee sekali lagi kembali ke Arena Birmingham.

27.700 mata yang dilakukan semalam bagi apparatus bola diperbaiki ketika tampil dalam acara hari ini dengan memperbaiki pungutan mata sebanyak 29.700 mata sekaligus mengetepikan pencabar terdekat dari Kanada, Suzanna Shahbazian yang akur dengan pingat perak (29.050 mata) sementara Anna Sofolova memperoleh gangsa (28.800 mata).

Pingat emas yang diperoleh Joe Ee sekaligus menepati sasaran yang ditetapkan bagi acara gimrama dan menjadi pingat emas yang kelima buat kontinjen negara.