Atlet negara berada dalam mod sedia untuk sebarang kejohanan atau temasya, termasuk Sukan Komanwel 2026 sekiranya Malaysia memutuskan untuk menganjurkannya dua tahun lagi selepas Victoria, Australia menarik diri.
Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, yang berkongsi pengalamannya berkata, atlet elit negara yang berada di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya menjalani latihan rutin untuk menyertai sebarang pertandingan besar.
“Atlet memang bersiap sedia, ada yang ke Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel yang berlangsung setiap empat tahun.
"Kami tahu bila tahun itu akan menjadi penting, jadi perlu bersedia dua tahun sebelumnya untuk mencapai keputusan positif.
“Latihan adalah rutin buat atlet dan ia sebahagian daripada persiapan.
"Tekanan memang ada dan ia terserah kepada atlet untuk menghadapinya,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kesediaan atlet sekiranya Malaysia bersedia menjadi tuan rumah Sukan Komawel 2026 yang dilihat peminat tempoh dua tahun itu sebagai singkat buat mereka untuk membuat persiapan.
“Beraksi di laman sendiri banyak kelebihan dan kita akan mendapat sokongan padu daripada peminat tanah air,” ujar Nicol.
Mengimbau memori menyertai Sukan Komanwel 1998 ketika berusia 14 tahun, beliau berkata pengenalan skuasy dalam Sukan Komanwel ketika itu membantu sukan raket tersebut meraih populariti.
“Ia kali pertama skuasy dipertandingkan. Sangat mengujakan bagi saya untuk membuat persiapan.
"Sejak itu skuasy mendapat banyak pengiktirafan,” ujar juara dunia lapan kali itu.
Tuan rumah Sukan Komanwel 2026, Victoria, menarik diri selepas unjuran kos penganjuran temasya itu melonjak daripada AS$2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada AS$7 bilion (RM21.78 bilion).
Berikutan itu, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan suntikan dana sebanyak 100 juta pound juta (RM602 juta) kepada Malaysia yang menjadi tuan rumah temasya berkenaan pada 1998 dan anggota lain bagi menyelamatkan temasya empat tahun sekali itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan meneliti butiran dan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum membuat keputusan muktamad mengenai tawaran untuk menganjurkan temasya tersebut.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Wed Mar 20 2024
Detik perkenalan Andre-Aifa dalam gelanggang skuasy
Bibit perkenalan antara jaguh lompat jauh negara, Andre Anura Anuar, dan atlet skuasy negara, Aifa Azman, terjadi ketika sedang berlatih dalam gelanggang skuasy.
Skuasy Berpasukan Dunia WSF: Malaysia ke separuh akhir mudah atasi England
Skuad skuasy wanita negara mudah menewaskan pasukan pilihan keempat, England, 2-0 untuk ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong sebentar tadi.
Skuasy Remaja Terbuka KL: Ayesha Rania cipta sensasi juarai B-19
Selepas membuat kejutan dengan menundukkan pemain pilihan pertama, Anrie Goh, dalam suku akhir kelmarin, Ayesha Rania Syed Kebir meneruskan rentak cemerlangnya apabila menumbangkan seorang lagi pemain pilihan, Keira Hickox, dari Kanada untuk menjuarai kategori B-19 Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Nasional, Jalan Duta.
Skuasy Remaja Antarabangsa KL: Kejutan demi kejutan, Ayesha Rania ke final!
Nama perseorangan wanita B-19, Ayesha Rania Syed Kebir, terus menjadi bualan rata-rata penonton yang hadir di Gelanggang Skuasy Jalan Duta apabila cemerlang membenam cabaran dari wakil Australia, Joanne Joseph, 3-1 untuk melangkah ke final Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur Edisi Ke-16 esok.
Nicol David terima anugerah Dewan Kemasyuran
Legenda Negara, Datuk Nicol Ann David, diiktiraf sebagai salah seorang pemain skuasy terhebat sepanjang zaman selepas dilantik dalam satu majlis berhubung Dewan Kemasyhuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong.
LA 2028: Ng Eain Yow, S. Sivasangari dalam landasan terbaik
Presiden Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro Clair, memberi pujian terhadap prestasi positif yang ditonjolkan pemain negara seperti S.Sivasangari dan Ng Eain Yow dalam kejohanan Terbuka Singapura, minggu lalu.
Skuasy Terbuka Singapura: Sivasangari atasi Aifa untuk ke suku akhir
S. Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura apabila menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi pusingan kedua di OCBC Arena hari ini.
Skuasy Terbuka Singapura: Eain Yow bakal tempuh cabaran lebih getir
Perseorangan skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow, mencatat kemenangan tiga set ke atas V Senthilkumar dari India, hari ini.
Skuasy Piala Malaysia: Ajaz puji kehebatan Eain Yow, Sivasangari
Ketua jurulatih skuasy negara, Ajaz Azmat, memuji kehebatan dua pemain negara, Ng Eain yow dan S. Sivasangari, dalam Kejohanan Piala Malaysia yang berlangsung 12 hingga 17 November lalu.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.
Luka Dončić out at least a month with calf strain
Dončić out at least one month
Rybakina leads Kazakhstan to first-ever United Cup win
Kazakhstan, China win at United Cup
Bosch continues dream debut as South Africa inch ahead of Pakistan
South Africa inch ahead of Pakistan
Slot downplays Liverpool's impressive away form
Preview: West Ham v Liverpool
'Every manager is in danger' – Amorim admits Man Utd job not safe
Amorim admits Man Utd job not safe
'Sport is not easy' - Guardiola looking to end Man City frustration in 500th game
Preview: Leicester v Man City
Gauff: United Cup the ideal preparation for Australian Open
Gauff positive regarding United Cup
Howe hopes Newcastle can 'move on' from Champions League side
Howe wants different Newcastle
Smith never lost faith in ability as return to form continues against India
Smith confident form would return
Zverev 'not satisfied yet' as he targets top ranking
Zverev targeting top spot in 2025