Debaran bagi saingan temasya Sukan Asia 2023 yang bakal berlangsung bermula 23 September ini di Hangzhou, China sudah pun makin terasa.

Keberangkatan lapan pasukan serta seramai 89 atlet keseluruhan ke Hangzhou diberi penghormatan terakhir oleh Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.

Nur Azmi juga berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh kesemua atlet sebelum berangkat namun dia juga turut menyangkal segala dakwaan yang mengatakan mereka ke sana hanya untuk percutian.

"Walaupun kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi, semangat yang ditampilkan atlet negara tidak akan mengecewakan rakyat negara," katanya menerusi Nadi Arena.

"Setiap kali Malaysia menyertai kejohanan, terdapat sasaran yang telah ditetapkan mereka atlet sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran tersebut."

Sementara itu, kapten pasukan ragbi kebangsaan, Azwan Zuwairi Mat Zizi, mengakui persiapan yang singkat sedikit sebanyak merencatkan usaha untuk memberikan aksi terbaik namun percaya dengan kebolehan rakan sepasukannya melepasi sasaran ke suku akhir.