Selepas 26 jam tiba di Malaysia, Pengarah Teknikal Baru Renang, Megan Oesting, bahawa dia sudah melewati dua sesi latihan bersama perenang negara.

Nampaknya, kelesuan zon masa dan keadaan cuaca tidak menghalang Oesting untuk memulakan tugasan yang disandarkan kepadanya.

Oesting mahu menukar cara pemikiran semasa bahawa hanya beberapa kategori sahaja yang mampu didominasi perenang dari Asia. Sebaliknya, keadaan itu mampu diatasi dengan pendekatan yang berbeza.

"Mengenal pasti acara yang sesuai dengan potensi mereka yang pastinya melonjakkan prestasi perenang.

"Kami perlu menyediakan program khusus yang sesuai perenang dan cuba mengenali keupayaan mereka terlebih dahulu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Sukan SEA Thailand 2025 merupakan tugasan yang perlu dibuktikan dan ia tempoh yang baik untuk pencapaian jangka masa pendek.

"Kami mahu bertambah baik secepat yang mungkin dan kami berkemampuan.




"Kami akan memupuk keyakinan dalam membina momentum.

"Walaupun mempunyai tugasan besar di sini berbanding di Amerika Syarikat, namun peluang untuk membantu insan lain bertambah baik lebih sukar, memerlukan usaha yang lebih tinggi," katanya.