Susulan aksi hambar skuad terjun negara di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha, mungkin kita boleh tumpang gembira dengan kejayaan perenang dari China yang berjaya pecah rekod dunia.

Ini selepas Pan Zhanle, berjaya pecah rekod dunia 100m gaya bebas lelaki apabila catat 46.80 saat semasa aksinya dalam 4x100m gaya bebas lelaki.




Perenang berusia 19 tahun itu memadam rekod dua tahun yang dipegang perenang Romania, David Popovici (46.86 saat).

Pan Zhanle sendiri tidak menyangka dia dapat memecah rekod itu, kerana dia menyifatkan ia datang secara semulajadi & dia akan jadikan ini sebagai batu loncatan untuk berenang dengan lebih pantas selepas ini.




"Saya terkejut bila melihat kepada catatan masa, saya tidak sangka dapat memecah rekod itu - saya sebenarnya ingin cuba pecahkannya pada Olimpik Paris 2024,

"Ia satu penghormatan buat saya, ia juga satu motivasi buat semua perenang muda & berumur dan saya percaya saya mampu berenang dengan lebih pantas lagi," katanya.

Aksi memukau Pan Zhanle sekaligus meletakkan dirinya dalam senarai lima perenang lelaki yang berjaya pecahkan rekod 47 saat dalam sejarah 100m gaya bebas.