"Akan tiba masanya apabila semua akan membuka buka baru, berpindah ke fasa seterusnya. Ini adalah masa untuk saya melakukannya, ini adalah persaraan saya secara rasmi," kata atlet berusia 28 tahun menerusi CNA.
Schooling melakar sejarah buat Singapura ketika temasya Sukan Olimpik Rio 2016 apabila memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu, mengatasi idolanya, Michael Phelps.
Dia memegang lapan rekod kebangsaan -- enam daripadanya merupakan acara individy dan dua menerusi acara berganti-ganti.
Persaraan ini sudah dalam perancangan Schooling, apabila dia ketika ini sudah membuat perancangan untuk memberikan tumpuan kepada akademi renangnya.
"Saya sudah bersedia untuk melakukan perkara lain. Saya tidak memiliki keterujaan yang sama seperti ketika berusia empat tahun. Saya sebelum ini giat membuat persiapan untuk layak ke Paris. Saya juga sentiasa memberitahu kepada diri sendiri mahu besara apabila berusia 29 tahun," katanya lagi.