Susulan kegagalan meraih sebarang pingat dalam temasya Sukan Asia Hangzhou, skuad renang kini beralih fokus untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Atlet renang kebangsaan, Khiew Hoe Yean mengakui terkilan selepas tidak mampu menyumbang sebarang pingat walaupun ia adalah sasaran sebenarnya.

Kini Hoe Yean sudah pun mula giat melakukan sesi latihan bagi kelayakan Paris 2024 dan berharap mampu untuk beraksi di pentas tertinggi itu.

Sementara itu, Phee Jinq En berkongsi keadaan fizikalnya belum mencapai tahap yang memuaskan untuk beraksi di kelayakan Sukan Olimpik, namun masih ada masa yang cukup untuk membuat persediaan.