Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas untuk pelaksanaan sistem ranking dunia yang akan dibarisi oleh wakil dari negara pemegang taruh.

Jelas Abdul Halim acara regu berpasukan akan menjadi asas pelaksanaan sistem ranking dunia bermula dalam Kejohanan Piala Dunia ISTAF yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 19 hingga 26 Mei depan.

Sistem ranking dunia akan merujuk kepada keputusan perlawanan dengan pasukan paling berjaya berada di kedudukan teratas kumpulan elit.

Penetapan ini juga dilihat mampu meningkatkan kualiti serta persaingan di antara negara bertanding di samping sebagai inisiatif ISTAF membawa sukan sepak takraw ke temasya Olimpik.

"Persiapan ini dibuat untuk acara sepak takraw diterima Sukan Olimpik.

"Kami memperkenalkan sistem ranking ini bagi 12 negara elit yang bakal tiba ke Kuala Lumpur pada 17 Mei depan.