Setelah lebih tiga dekad, akhirnya Melaka berjaya rangkul Piala Emas Khir Johari Edisi Ke-57 selepas berjaya tundukkan Pulau Pinang di final, sebentar tadi.

Kem Melaka yang ditunjangi Syahir Rosdi, Khairul Zaman & Muqlis Borhan bermula dengan cemerlang menerusi kemenangan 21-13, 21-15.

Namun, Pulau Pinang berjaya rancakkan saingan selepas menyamakan mata kedudukan hasil kemenangan 22-20, 21-18.

Aksi regu ketiga menjadi penentu apabila aksi hangat ditonjolkan kedua-dua pasukan hingga Melaka muncul juara selepas menang 21-17, 21-16.