Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, hari ini mengumumkan 12 negara bakal menyertai saingan elit Piala Dunia ISTAF 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 26 Mei depan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Selain pasukan pilihan Thailand, dua lagi kuasa besar sepak takraw dunia iaitu Indonesia dan Myanmar mengesahkan kehadiran mereka untuk bersaing dalam acara regu berpasukan, antara regu dan beregu.

Turut dipertandingkan ialah saingan Divisyen 1 melibatkan sembilan buah pasukan yang akan beraksi dalam acara antara regu dan regu.


"Buat julung kalinya piala ini diperkenalkan," kata Sumali dalam sidang media di Pejabat PSM, Setiawangsa hari ini.




Lebih menarik, Kejohanan Piala Dunia ISTAF Edisi Kelima ini akan turut menyaksikan sistem kiraan 15 mata akan diguna pakai selepas dikuatkuasakan 1 Februari lalu.