Welson Sim berdepan dilema apabila berasakan keadaannya diri tidak cergas sepenuhnya untuk melayakkan diri ke Sukan SEA Kemboja, Mei depan.

Selepas memenangi tiga pingat emas temasua itu, Welson terpaksa akur kemampuannya ketika mewakili Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASSO) apabila menamatkan Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di kedudukan keempat acara 4x100 meter berganti-ganti.

Apa pun, ketidak pastian beraksi di Kemboja tidak menyekat misi sebenarnya yang turut meletak harapan tersenarai dalam Sukan Olimpik Paris 2024 yang juga merupakan Olimpik kedua peribadinya.

"Saya berasakan peluangnya adalah 50-50 berikutan kecergasan saya.

"Sesiapa pun yang terpilih pastilah perlu berkelayakan.

"Walaupun tidak berada di puncak prestasi tapi ia kian meningkat. Saya anggap ini sebagai usaha untuk bangkit. Ini merupakan bulan kedua latihan intensif yang saya jalani.





"Saya menikmati bersaing dengan bintang baru," katanya di venue pertandingan, Pusat Akuatik, Nasional Bukit Jalil, petang tadi.

Acara itu menyaksikan Khiew Hoe Yean yang turut mengambil bahagian dalam acara yang sama menawarkan kisah yang lebih meyakinkan.

Dia muncul juara bersama pasukannya, Kuala Lumpur, untuk menundukkan pasukan Selangor dan Taiwan yang terpaksa akur dengan pingat perak dan gangsa.

"Saya tidak fikir akan tercicir Sukan SEA jadi saya tidak begitu kejohanan ini.

"Lagipun saya hanya menyertai 4x10m0 berganti-ganti.

"Saya percaya perenang muda kelak mampu menyaingi saya," kata pemenang emas Sukan SEA 2021 itu.