Impak Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) diharap akan membuahkan hasil kepada skuad B-19 negara, yang akan beraksi dalam Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.
Malah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, turut mengharapkan pemain daripada program khas itu mampu menyerlah secara individu, sama ada dalam saingan liga peringkat domestik atau di pentas luar negara.
“Sudah tentu diharapkan (pemain PPBN) mampu menjadi nilai tambah kepada pasukan kebangsaan dan apa yang penting adalah hasil daripada pembangunan peringkat awal yang sudah dijalankan sebelum ini.
"Saya mahu melihat apakah keputusan, walaupun saya bukanlah pemula PPBN kerana pemula adalah menteri-menteri lalu.
“Permulaan ideanya datang daripada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum idea itu digubal secara komprehensif di bawah Khairy Jamaluddin
"mungkin kejayaannya nanti kita boleh tengok selepas banyak pelaburan dilakukan, sejak tiga empat tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.
Semalam, Reezal Merican meninjau persiapan skuad B-19 kendalian Brad Maloney di Wisma FAM bersama timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, serta Presiden FAM dan MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata walaupun masih belum boleh menjalani latihan secara kontak, semangat serta kekuatan ditunjukkan pasukan itu begitu mengagumkan untuk menyinar di Tashkent, Uzbekistan, kelak.
“Saya diberi taklimat mengenai kesediaan pasukan ini, dan walaupun bola sepak pada waktu ini dalam tempoh PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan) hanya dibenarkan latihan tanpa kontak, saya boleh lihat kesungguhan dan semangat 35 pemain yang menjalani latihan.
“Diharapkan dengan perkembangan dalam satu atau dua hari ini, akan ada perubahan beberapa bentuk sukan yang boleh dibuka dan lebih dibenarkan, yang kita sedang dapat pada waktu ini.
"Situasi ini akan menyaksikan latihan (bola sepak) dapat dijalankan secara penuh dan boleh memastikan tahap persediaan mereka lebih berkesan dalam menghadapi kejohanan itu,” katanya.
Skuad B-19 negara diundi dalam Kumpulan D bersama juara edisi 2014, Qatar, selain Tajikistan dan Yaman, dalam pusingan akhir kejohanan B-19 itu dan kini sedang menjalani latihan sejak 6 hingga 26 Julai ini.
Esok, Reezal Merican bakal membentangkan cadangan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP, yang dipengerusikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk latihan secara kontak penuh dengan harapan untuk Liga Malaysia dan kejohanan sukan lain dapat dimulakan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
DNA NFDP mesti selaras dengan FAM
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Halim, menyifatkan Program Pembangunan Bolasepak Negara Kebangsaan (NFDP) sebagai berada di landasan tepat dalam memacu kejayaan Harimau Malaya.
AMD Dream juara Supermokh 2023 kategori B-13
Selepas bekerja keras selama lima hari akhirnya pasukan AMD Dream B-13 kendalian Ekhsan Bukharee telah muncul sebagai juara bagi kategori bawah 13 tahun Kejohanan Supermokh Edisi Ke-7 di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang.
NFDP terus mengorak langkah
Untuk melihat kemajuan bola sepak negara terus kehadapan pengurusan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) terus mengatur program ilmiah untuk Unit Pendidikan Teknikal NFDP dan Ketua Jurulatih Negeri (KJRN) seluruh negara bagi memastikan mereka terus relevan dengan matlamat NFDP.
Liga Akademi Tunas Zon Utara, Zon Tengah NFDP meriah
Ketika seluruh peminat bola sepak tanah air sedang memberi tumpuan kepada saingan Liga Super, seketariat Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Majlis Sukan Negara (MSN) terus menjalankan program akar umbi dengan menganjurkan pertandingan Akademi Tunas Zon Utara dan Zon Tengah yang melibatkan dua kategori umur, 11 tahun dan 12 tahun.
Piala Supermokh gelanggang lahirnya bintang masa depan
Tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, kejohanan antarabangsa di peringkat akar umbi anjuran Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) iaitu Piala Supermokh akhirnya kembali mewarnai kalendar bola sepak negara pada hujung bulan ini di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Reezal Merican harap PPBN beri impak kepada skuad B-19 Malaysia
Impak Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) diharap akan membuahkan hasil kepada skuad B-19 negara, yang akan beraksi dalam Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.
Elaun jurulatih NFDP bukan satu isu
Tiada isu dan pembayaran sudah dibuat, itu reaksi jurulatih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) yang sudah menerima elaun bulanan mereka semalam.
Semangat juang skuad B-15 negara dapat pujian Teong Kim
Jurulatih pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP) Bawah 15 (B-15) tahun, Lim Teong Kim, tetap berpuas hati dengan corak persembahan anak buahnya meskipun tewas 2-0 kepada skuad Austria B-15 dalam kempen ‘Torneo Delle Nazioni’, hari ini.
NFDP dalam misi ke Piala Dunia B-17
Tiga tahun penganjuran Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), keberkesanan program yang dilabel sebagai misi nasional ini perlu dibuktikan dengan menepati sasaran beraksi di Piala Dunia 2019 Bawah 17 tahun.
Perancangan pemimpin lama FAM tidak jadi kenyataan -- Asmawi
Sasaran skuad negara untuk layak ke Piala Dunia 2016 bukan sekadar cakap kosong, kata pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri.
Tonali set for August return after receiving suspended two-month ban from FA
Tonali gets suspended ban from FA
Will Still leaves Reims job with immediate effect
Will Still leaves Reims job
'It's a joke' – Ten Hag slams reports of Man Utd fire sale
Ten Hag: Man Utd reports 'a joke'
Thomas Cup: Malaysia advance to semis after Japan mauling, to face China
Malaysia secured a long-awaited spot in the Thomas Cup semi-finals courtesy of a stunning 3-1 victory over Japan, and the team will now go on to face host China in the last four on Saturday.
Dyche still demanding 'the hard yards' from Everton despite Premier League safety
Everton head to Luton Town knowing their safety is secured after the Toffees reeled off three Premier League wins on the spin.
Grealish praises 'togetherness' in Man City's squad during title charge
Grealish: Togetherness is key
Postecoglou praises Pochettino's success at Spurs
Ahead of Tottenham's game against Chelsea on Thursday, Ange Postecoglou gave credit to the work that Mauricio Pochettino did for the club.
Rangnick turns down Bayern to stay in Austria job
Rangnick to remain with Austria
'We'll be better for Game 6' - Lue backs Clippers to make big improvement
The Clippers are one game away from making an early exit from the playoffs after playing their worst game of the season against Dallas.
Irving hails Doncic's resilience after star turn against Clippers
Irving lauds Mavs star Doncic