Untuk melihat kemajuan bola sepak negara terus kehadapan pengurusan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) terus mengatur program ilmiah untuk Unit Pendidikan Teknikal NFDP dan Ketua Jurulatih Negeri (KJRN) seluruh negara bagi memastikan mereka terus relevan dengan matlamat NFDP.

Ini merupakan inisiatif ke tujuh didalam buku panduan fasa kedua NFDP yang telah dicatatkan bagi memastikan NFDP terus berada di landasan yang tepat.

Dengan program yang dilaksanakan oleh seketeriat NFDP, ia banyak memberi kelebihan sebenarnya kepada pasukan kejurulatihan NFDP untuk menilai bakat-bakat muda di bawah program NFDP sebelum diserapkan ke Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).

Ilmu ini amat penting bagi Unit Teknikal NFDP dan pasukan kejurulatihan pemilihan NFDP agar mereka tidak terlepas pandang kepada pemain-pemain Akademi Tunas yang berpotensi untuk diserap ke AMD.


Dengan kursus yang dijalankan NFDP, ini juga sebenarnya akan banyak membantu pemegang taruh didalam NFDP sendiri kerana selepas ini sudah pasti Unit Teknikal NFDP dan ketua jurulatih negeri yang terlibat itu akan mencari pelatih-pelatih dari negeri-negeri dalam kalangan pemegang taruh yang berpotensi dan akan menyimpan data peribadi mereka sebelum dicadangkan kepada kelab apabila mereka keluar dari AMD atau tamat di dalam program NFDP.

Ini akan banyak membantu kelab dan seterusnya membantu Malaysia dalam membantu melahirkan pemain berkualiti.



Ini usaha yang murni dan bijak dilakukan pengurusan NFDP apabila memanggil jurulatih professional dari England untuk melatih dan memberi penerangan yang jelas dan betul kepada mereka yang terlibat dalam krusus itu agar mereka faham bagaimana cara yang betul untuk memilih pemain kerana apa yang dilakukan di Eropah dan negara maju dalam bola sepak amat berbezq sekali dengan amalan yang dilakukan di Malaysia.

Dengan adanya kursus ini telah membuatkan program NFDP terus melangkah ke hadapan.