MALAYSIA 1 INDIA 5
Hasrat Malaysia untuk menghuni tangga kedua carta peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2018 dan mencerahkan peluang untuk ke final lebur apabila dikejutkan dengan kekalahan besar 1-5 di tangan India dalam saingan di Ipoh, sebentar tadi.
"Tentunya keputusan ini satu perkara yang mengecewakan dan kami juga gagal memanfaatkan beberapa peluang yang ada.
"Sepatutnya, apabila ketinggalan, kami harus mempertahankan gawang dan cuba mencari jaringan penyamaan. Malangnya, kami terus dibolosi," kata ketua jurutlatih negara, Stephen Van Huizen.
Selepas mengejutkan juara Sukan Olimpik 2016, Argentina, 2-1 dalam perlawanan ketiga semalam, anak didik Van Huizen berdepan India dengan misi untuk meraih tiga mata bagi memudahkan laluan ke pentas akhir.
Bagaimanapun, semangat penyokong negara yang mengiringi skuad Malaysian Hockey Tigers di Ipoh bagaikan diragut ketika aksi baru memasuki minit ke-10, apabila Shilanand Lakra menjaringkan gol pembukaan buat India.
Tersentak dengan jaringan awal lawan, skuad negara memperkemaskan permainan dan usaha untuk memburu jaringan penyamaan berhasil ketika aksi memasuki suku ketiga.
Pemain sensasi Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, kembali memberikan harapan buat anak-anak buah Van Huizen apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-33, sebelum Gurjanth Singh mengambil kesempatan daripada situasi kelam-kabut di depan gawang Malaysia untuk kembali meletakkan India 2-1 di depan.
Enam minit kemudian, India terus menjarakkan kedudukan, kali ini menerusi Sumit Kumar yang bijak menyempurnakan hantaran lintang dari sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol, Hairi Abdul Rahman.
Sumit terus menjadi igauan ngeri buat The Malaysian Hockey Tigers apabila percubaan jarak jauhnya membuatkan benteng negara leka dan situasi itu terus disambar Ramandeep Singh pada minit ke-55 untuk membuatkan Hairi tewas buat kali keempat.
Gurjanth melengkapkan pesta gol India di Stadium Sultan Azlan Shah dengan gol kelima dan jaringan kedua peribadi ketika aksi berbaki tiga minit dan kedudukan 5-1 kekal sehingga wisel penamat, meletakkan skuad kendalian Van Huizen terus kekal di tangga ketiga dengan enam mata.
Malaysia bakal menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang England pada Jumaat ini dan kemenangan ke atas England menjadi pertaruhan terakhir mereka untuk merebut tempat ke final bagi edisi kali ini, sambil mengharapkan Australia membenam cabaran Argentina.
"Faktor penat mungkin menjadi punca kepada keputusan pada malam ini. Kami juga sering hilang penguasaan bola di tengah padang," tambah seorang lagi penjaga gol negara, Mohd Hafizuddin Othman.
Penulis Jemputan
Wed Mar 07 2018


Kriket T20I: Rohit dinamakan kapten India lawan New Zealand
Rohit Sharma dinamakan sebagai kapten India bagi perlawanan menentang New Zealand dalam Siri Kriket T20I.

Tokyo 2020: Mary Kom belum sedia lepas impian raih emas
Mary Kom nampaknya tidak bersedia untuk melepaskan impiannya untuk memenangi pingat emas tinju Sukan Olimpik walaupun tewas dalam Tokyo 2020.

India harus dijadikan contoh terbaik
Jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei, mahu anak didiknya mencontohi semangat juang tinggi yang dipamerkan India ketika mencipta kejutan dalam saingan Sukan Komanwel Gold Cast 2018.

Hoki: Skuad wanita negara gagal berdepan juara Asia
Skuad hoki wanita negara terpaksa akur kepada kehebatan juara Asia, India, apabila tewas 1-4 walaupun berjaya memberi tentangan sepanjang perlawanan pertama Kumpulan A, Sukan Komanwel di Pusat Hoki Gold Coast, hari ini.

Gold Coast 2018: Skuad hoki wanita elak jadi pasukan belasahan
Skuad hoki wanita negara memburu pengiktirafan dengan mengetepikan badi sebagai pasukan belasahan dalam Sukan Komanwel di Gold Coast, bermula esok.

Gold Coast 2018: Jarum ditemui di perkampungan sukan
Belum pun Sukan Komanwel 2018 bermula, kontroversi telah tercetus membabitkan atlet tinju dari India yang didakwa menggunakan bahan terlarang selepas jarum suntikan dijumpai di sekitar kawasan kediaman di Gold Coast.

Gold Coast 2018: Liu Ying harap elak India, England
Pemain beregu campuran, Goh Liu Ying, berharap skuad berpasukan campuran mampu mengelak pertemuan dengan India dan England lebih awal bagi memudahkan laluan negara ke peringkat akhir Sukan Komanwel di Gold Coast, bermula Rabu ini.

Piala Cabaran Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki ais Malaysia meneruskan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan selepas membenam India 10-1 untuk menempah slot ke separuh akhir Piala Cabaran Asia di di Empire City Mall, semalam.

PSAS: Faizal mahu teruskan sentuhan gol
Penyerang kebangsaan, Faizal Saari, akhirnya menamatkan kemarau gol selepas menjaringkan gol tunggal negara ketika pertemuan dengan pasukan India dalam aksi keempat peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2018.

PSAS: India kejutkan Malaysia daripada mimpi
Hasrat Malaysia untuk menghuni tangga kedua carta peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2018 dan mencerahkan peluang untuk ke final lebur apabila dikejutkan dengan kekalahan besar 1-5 di tangan India dalam saingan di Ipoh, sebentar tadi.

Verstappen beats Hamilton to claim chaotic first win in Australia
After overcoming a poor start, Max Verstappen saw off a Mercedes challenge to extend his championship lead and claim a first Melbourne win.

A win is a win – Butler relieved to end losing streak as Heat boost playoff prospects
The Miami Heat still have work to do in the final games of the regular season but got the job done against the Dallas Mavericks.

Rumour Has It: Man City and Real Madrid to prioritise off-season Gvardiol signing
Manchester City and Real Madrid have interest in both Josko Gvardiol and Jude Bellingham.

St Louis' perfect start ended by Minnesota, Bernardeschi nets Olimpico for Toronto
Minnesota United pulled off an upset win at St Louis with Luis Amarilla coolly converting the game-winning spot kick.

March Madness: Butler's go-ahead buzzer-beater sends San Diego into decider against UConn
Lamont Butler produced a moment for the ages with the fifth buzzer-beater in NCAA Final Four history to move into the decider.

Butler leads Heat past slumping Mavericks, Ingram stars as Pelicans continue playoffs push
Jimmy Butler led the way with 35 points and 12 assists as the Miami Heat claimed a much-needed win, snapping their three-game skid.

Allegri storms out of Juventus win before final whistle - 'We didn't play very well'
Juventus may have edged Verona for a crucial three points in the race for Europe but Massimiliano Allegri was not impressed.

'We're not getting any younger' - Joshua calls out Fury after beating Franklin
After beating Jermaine Franklin, Anthony Joshua has set his sights on reigniting talks for a fiercely anticipated bout against Tyson Fury.

Rodgers clings onto narrow lead after Valero Texas Open third round
After two terrific rounds, Patrick Rodgers hung onto the lead at the Valero Texas Open despite carding just one under on Saturday.

Joshua overcomes Franklin via unanimous decision to return to winning ways
A two-fight losing streak was halted by Anthony Joshua, but Jermaine Franklin ensured the fight went the distance.