Ketua jurulatih India, Igor Stimac, tidak merancang untuk mengamalkan permainan bertahan walaupun menyedari Australia hadir dengan reputasi sebagai pencabar utama Piala Asia 2023.

India yang berada di ranking ke-102 merupakan pasukan kerdil berbanding Autralia, 25, dunia.

Tetapi Stimac enggan menjadikan itu sebagai alasan untuk mereka tidak mengambil risiko dan bertahan sepenuhnya di Stadium Ahmed bin Ali pada malam ini.

“Merendah diri sebelum perlawanan ini adalah asas paling penting dan menikmati kesempatan ini sebelum berlangsungnya perlawanan. Namun, jika anda akan bertanya kepada saya apa yang akan kami lakukan, Kami tidak akan berputus asa dengan idea bola sepak kami.

"Kami tidak akan duduk diam. Kami datang ke sini bukan untuk bertahan di dalam kotak penalti.





"Kami akan turun dan menikmati bola sepak seperti yang kami lakukan dalam empat tahun lalu itulah proses yang kami usahakan.

"Dan jika kekalahan sepanjang proses ini, saya tidak mahu menafikannya.

"Semua anak-anak buah saya akan mengerahkan segala kudrat di atas padang; itu yang paling penting bagi saya," katanya.