Shaiful Shamsudin
Mon Jan 11 2021
Presiden UFC, Dana White, akan bertemu dengan Khabib Nurmagomedov bagi meyakinkan bintang itu untuk keluar daripada persaraan dan terlibat dalam satu lagi pertarungan.
Khabib, mengejutkan dunia dengan mengumumkan pengunduran dirinya daripada gelanggang oktagon itu sebaik mengalahkan Justin Gaethje, sekali gus mempertahankan gelaran featherweight dalam edisi UFC 254, Oktober lalu, untuk melebarkan rekodnya kepada 29-0,
White terus menaruh harapan untuk melihat atlet berusia 32 tahun itu kembali ke UFC dalam usaha menyempurnakan rekod 30-0.
Tatkala Conor McGregor dan Dustin Poirier bersiap sedia untuk bertarung dalam UFC 257 di Abu Dhabi pada 23 Januari ini, White memberitahu ESPN: "Saya akan menemui Khabib kerana saya fikir dia perlu bertarung lagi.
"Lihat apa yang dilakukannya terhadap Justin Gaethje. Lihatlah apa yang telah dilakukannya ke atas setiap lawan yang dihadapi.
"Saya fikir dia harus bertarung lagi dan saya akan sekeras-kerasnya menekankan bahawa mungkin akan ada satu lagi pertarungan buatnya."
White menambah: "Sebagai penganjur, saya ingin melihat manusia terbaik di dunia tetapi pada masa yang sama, jika seseorang itu ingin bersara, dia mungkin patut melakukannya.
"Perbezaannya, manusia seperti Khabib telah melalui banyak pancaroba dan kehilangan ayahnya merupakan satu tamparan besar buatnya. Namun, ayahnya mahukannya mencapai rekod 30-0.
"Tidak kira apa pendapat anda mengenai Conor secara peribadi, Conor McGregor bukan sahaja salah seorang yang terbaik di dunia, malah antara terbaik. Dan ketika ini, fokusnya sama seperti dulu.
"Saya tidak tahu apakah ini adalah Conor yang serupa selepas bertarung dengan Poirier, tetapi jika Conor ini mampu bertahan untuk tahun berikutnya, mengapa tidak sekali lagi menemukan Khabib vs. Conor?"
[LIVE] Tyson Fury vs Francis Ngannou: Maklumat siaran langsung, waktu pertarungan, dan saluran tontonan
Juara tinju Tyson Fury akan bertemu bekas juara ‘heavyweight’ UFC, Francis Ngannou dalam pertarungan menarik tiga minit sebanyak 10 pusingan pada hujung minggu ini di Riyadh, Arab Saudi. Ini yang perlu anda ketahui mengenai pertarungan untuk gelaran “Baddest Man on the Planet”
Tuduhan serangan seksual Conor McGregor digugurkan
Bekas juara UFC, Conor McGregor, tidak akan menghadapi pertuduhan atas dakwaan serangan seksual pada perlawanan bola keranjang di Florida.
UFC: McGregor kembali bertarung tahun hadapan
Conor McGregor selangkah lebih hampir kembali kembali ke UFC dengan memasuki semula program ujian Agensi Anti-Doping AS (USASA).
NBA: Maskot Miami Heat dikejarkan ke hospital selepas terima tumbukan Conor McGregor
Maskot Miami Heat dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas menerima tumbukan daripada petarung UFC, Conor McGregor, di gelanggang NBA Finals.
UFC 286: Edwards pertahan gelaran atasi Usman
Leon Edwards berjaya mempertahankan gelaran welterweight apabila dia meraih kemenangan keputusan majoriti dalam perlawanan timbal balik dengan Kamaru Usman di UFC 286.
UFC 279: Diaz tamatkan pertarungan terakhir dengan kemenangan ke atas Ferguson
Nate Diaz meninggalkan pentas UFC dengan kemenangan terakhir kariernya selepas menewaskan Tony Ferguson melalui kuncian dalam pusingan keempat.
Perubahan UFC 279 pertemukan Diaz-Ferguson dalam pertarungan utama
Terdapat perubahan besar dalam jadual pertarungan UFC 279, di mana Nate Diaz kini akan berdepan Tony Ferguson dalam acara utama esok.
UFC: McGregor kelihatan hebat untuk kembali ke Octagon, kata jurulatih
Conor McGregor sedang berada dalam kondisi terbaik dan kelihatan hebat menjelang kepulangannya ke Octagon, kata jurulatih petarung Ireland itu, John Kavanagh.
UFC 266: Volkanovski rekod kemenangan ke-10, pertahan gelaran featherweight
Alex Volkanovski mempertahankan gelaran featherweight selepas mengatasi Brian Ortega dalam salah satu pertarungan paling dramatik tahun ini dalam UFC 266.
UFC 265: Gane tumbangkan Lewis, kini bergelar juara interim
Ciryl Gane adalah juara sementara kelas heavyweight UFC setelah mendominasi Derrick Lewis apabila menang dalam pusingan ketiga di Houston semalam.
Emery demands Villa adapt after European defeat before Seagulls visit
Having suffered Europa Conference League disappointment on Thursday, Aston Villa must respond on Sunday against Brighton.
Doncic: 'It's a pleasure' working with 'unbelievable' Irving
Kyrie Irving turned in a star display as the Dallas Mavericks overcame the Los Angeles Clippers to reach the Western Conference semifinals.
Verstappen shocked to be on pole for Miami sprint
Verstappen stunned with sprint pole
Luton boss Edwards urges Hatters to keep the faith in Premier League relegation scrap
Edwards: We've got to keep going
Spurs 'need change', says Postecoglou
Postecoglou: 'We need change'
Terzic will rotate with Champions League qualification secured
Terzic happy to rotate BVB options
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England