Muzaffar Musa
Wed May 26 2021
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, gembira dengan perkembangan berterusan tiga pemain bintangnya selepas menewaskan Boston Celtics 130-108 dalam perlawanan kedua siri pusingan pertama playoff NBA sebentar tadi.
Nets kini mendahului 2-0 selepas kemenangan selesa 104-93 dalam perlawanan pertama, di mana tiga pemain bintang berkenaan menyumbangkan 82 mata.
Dalam perlawanan hari ini, Kevin Durant menyumbangkan 26 mata, enam rebound, lima bantuan dan empat hadangan.
James Harden juga tidak kurang hebat dengan 20 mata, termasuk empat jaringan tiga mata, di samping lima rebound dan tujuh bantuan.
Kyrie Irving pula merekodkan 15 mata, enam rebound dan enam bantuan.
"Ia memerlukan waktu bersama untuk mereka di atas gelanggang, waktu bersama untuk mereka memahami, untuk bersatu, untuk mencipta persefahaman yang boleh membantu kami dengan lebih banyak," kata Nash selepas perlawanan itu.
"Kami merlukan waktu dan tahap pemikiran untuk dipertingkatkan. Saya selalu katakan, kami bukan pasukan yang mahu bertahan dengan tiga, empat, lima pemain. Kami sedang mencuba untuk menyelesaikannya dari semasa ke semasa.
"Setiap malam amat penting, bukan hanya untuk mata tetapi juga buat perkembangan kami," katanya.
NBA: Jaylen Brown, Jayson Tatum pastikan Boston Celtics kekal rekod permulaan sempurna
Gandingan Jaylen Brown dan Jayson Tatum menghasilkan 69 mata untuk memastikan Boston Celtics meraih kemenangan ketiga berturut-turut sejak permulaan NBA musim ini dengan menewaskan Washington Wizards 120-107 hari ini.
NBA: Celtics ke final Sidang Timur singkir 76ers
Jayson Tatum mendaftarkan rekod mata tertinggi sepanjang kariernya dalam aksi playoff NBA apabila menjaringkan 51 mata -- mata tertinggi dalam sejarah Game 7 NBA -- untuk mengepalai Boston Celtics menewaskan Philadelphia 76ers 112-88, sekali gus layak ke final Sidang Timur.
NBA: James Harden lega peroleh kemenangan pertama
Bintang Philadelphia 76ers, James Harden, berkata beban di bahu setiap pemain akhirnya bebas selepas memperoleh kemenangan pertama apabila mengatasi Indiana Pacers 120-106.
Final NBA: Kerr tagih aksi terbaik Thompson bersama Warriors
Ketua jurulatih Golden State Warriors, Steve Kerr, menegaskan kepentingan prestasi Klay Thompson dalam final NBA menjelang aksi Game 6 menentang Boston Celtics yang mungkin memberikan mereka kejuaraan lebih awal esok.
Final NBA: Andrew Wiggins bintangi kemenangan Warriors dalam Game 5
Golden State Warriors mempamerkan aksi juara ketika menewaskan Boston Celtics 104-94 dalam Game 5, Final NBA di gelanggang sendiri hari ini.
NBA Finals: Curry puas Warriors pamer kebangkitan
Stephen Curry mengisytiharkan 'ia bermakna segala-galanya' untuk menang Game 4 siri NBA Finals selepas persembahan sensasinya mengheret Golden State Warriors mengatasi Boston Celtics.
NBA Finals: Steph Curry pastikan Warriors kekal dalam perebutan gelaran
Golden State Warriors menghasilkan aksi pertahanan yang menakjubkan pada separuh masa kedua untuk menewaskan Boston Celtics 107-97 dalam Game 4 NBA Finals.
NBA Finals: Saya akan beraksi -- Stephen Curry
Bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai statusnya untuk Game 4 NBA Finals esok.
NBA: Tatum pacu kemenangan kelapan berturut-turut Celtics
Jayson Tatum menjaringkan 38 mata termasuk empat jaringan tiga mata ketika membantu Boston Celtics merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut ketika menewaskan Atlanta Hawks 105-95 dalam perlawanan NBA hari ini.
Playoff NBA: Tiga bintang Nets perlu lebih masa bersama, kata Nash
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, gembira dengan perkembangan berterusan tiga pemain bintangnya selepas menewaskan Boston Celtics 130-108 dalam perlawanan kedua siri pusingan pertama playoff NBA sebentar tadi.
Arteta: Premier League title race not a straight battle between Arsenal and Liverpool
PL title not a two-horse race
Mowbray returns for second stint as West Brom boss
Mowbray appointed West Brom boss
Conte: Napoli need to shake off Kvaratskhelia departure
Conte: Napoli okay without Kvara
Australian Open: Slick Sinner sails into last 16
Superb Sinner into round four
Australian Open: 'I'm playing very good tennis' – Fritz will not lose sleep over loss to Monfils
Fritz happy with AO performance
Guardiola's early-season concerns over Foden gone after recent goals
Preview: Ipswich v Man City
Australian Open: Evergreen Monfils shows he has the moves in fantastic defeat of Fritz
Monfils dances into round four
NBA: Butler returns from suspension in Heat's loss to Nuggets
Butler returns in Heat's loss
Australian Open: Rybakina marches on, lucky loser Lys makes history
Lys makes Australian Open history
Australian Open: No excuses for Raducanu as Swiatek celebrates 'perfect' performance
Raducanu rues a bad combination